Alhamdulillah, minggu lalu selesai serahan tablet buat 40 anak-anak #PermatangPauh berumur 4-6 tahun dari keluarga yang memerlukan bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi awal. Menerusi pembelajaran digital menggunakan aplikasi Kit-Kit School, mereka akan dipantau secara dekat oleh fasilitator yang terlibat.
Projek LIT UP dengan kerjasama Penang Science Cluster ini dijadualkan berlangsung selama 5 bulan. Terima kasih di atas dokongan para ibu bapa dan anak-anak dalam usaha kita membantu agar pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua pihak.
#DemiPermatangPauh